Registered : 3207 Today : 1 Yesterday : 5 In This Week : 9 In This Month : 6 In This Year : 386 Total Online : 5 Members Online : 0 Guests Online : 5 Newest Member : armongko
Members Online : No Members Online
Random Photo
Latest Images
K-rex Visitor
Site Info
K-rex@Facebook
Advanced News
Terganggu siulan lelaki New Zealand, wanita Israel berbogel
WELLINGTON 22 Mei - Seorang pelancong Israel yang berasa terganggu apabila pekerja pembinaan jalan di New Zealand bersiul ke arahnya hari ini membuat kejutan apabila membalasnya dengan berbogel.
Pekerja-pekerja itu sedang sibuk bertugas di bandar Kerikeri, utara negara ini apabila wanita muda itu tersinggung dengan 'tumpuan' yang diberi oleh mereka kepadanya.
Dia membuka pakaiannya tanpa meninggalkan seurat benang pun sebelum menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM), menyebabkan semua pekerja pembinaan itu tergamam.
Dia kemudian memakai kembali pakaiannya dan berlalu pergi.
Sarjan Peter Masters menjelaskan, wanita itu memberitahu pihak polis bahawa siulan yang dilakukan oleh pekerja pembinaan jalan itu amat menyinggung perasaannya.
"Perempuan itu menyatakan yang dia terfikir untuk menunjukkan saja tubuhnya.
"Katanya dia diganggu beberapa lelaki tempatan. Dia bukan wanita yang tidak menarik," kata Masters.
Polis menyifatkan kes itu sebagai 'terpencil'.
"Wanita itu ditahan, disoal siasat di balai polis dan diberitahu yang tindakannya adalah tidak sopan untuk dilakukan di New Zealand," ujarnya.